Pengasuh Taska Perlu Miliki Diploma Pengurusan Awal Kanak-Kanak

MANG1869

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletak syarat pengasuh bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia bagi memastikan pengasuh mempunyai pengetahuan dan mencapai kualiti untuk mengasuh kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

Di negara maju, pengasuh kanak-kanak di bawah tiga tahun memang dilatih secara profesional dan tahap pendidikan minimum mereka mestilah diploma.

“Sebelum ini Kementerian Pendidikan telah membincangkan perkara ini, tetapi hanya melibatkan prasekolah. Kali ini kita mahu pengasuh Taska juga mempunyai diploma sebagai kelayakan utama,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengadakan Dialog Bersama Menteri bertajuk ‘Wawasan Baharu Ke Arah Pembangunan Masyarakat’ di Institut Sosial Malaysia di sini hari ini.

Sumber – BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my