Penerbangan Pertama Pulang Jemaah Haji Ke Tanah Air Sabtu Ini

Kuala Lumpur 13 September 2015 . Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjawab soalan media di sidang akhbar penemuan satu jenazah Jemaah haji Malaysia insiden kren tumbang di tanah suci Makkah turut bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Adbul Rahim (kiri) . NSTP/ Mohd Yusni Ariffin

MAKKAH, 13 Sept– Penerbangan pertama yang membawa pulang jemaah haji Malaysia adalah pada Sabtu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 450 jemaah haji melalui penerbangan KT02. “Semua jemaah haji pertama itu akan berlepas melalui penerbangan Saudi Arabia SV5644.

“Mereka akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke Kuala Lumpur pada 10 malam waktu tempatan (3 pagi, Ahad waktu Malaysia),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Seramai 22,320 jemaah haji negara menunaikan haji pada musim haji kali ini. Kesemua mereka tiba di tanah suci mulai 4 Ogos lalu membabitkan keseluruhan KT47. Ketika ini para jemaah berada di Mina untuk melakukan lontaran di Jamrat.

Sumber – BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my