Penembusan Internet Di Luar Bandar: KPLB, Akan Kerjasama Dengan KKMM

KUALA PILAH, 9 Julai – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan  bekerjasama  dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi memastikan akses rangkaian syarikat telekomunikasi (telco) dan internet turut mampu dinikmati masyarakat luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun berkata dengan adanya penembusan itu kelak, ia mampu membantu masyarakat luar bandar memasarkan produk mereka sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi projek bekalan air terawat  pelbagai  sumber di Kampung Ulu Mampas, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Terdahulu, Rina dalam ucapan beliau  berkata penembusan akses rangkaian telco dan internet wajar ditingkatkan bagi memastikan masyarakat di luar bandar turut menerima akses yang sama seperti yang dinikmati masyarakat di bandar.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.