Penduduk London berkumpul tanda perpaduan

LONDON, 6 Jun – Orang ramai kebanyakannya umat Islam berkumpul di Tower Bridge semalam, bersimpati dengan mangsa serangan kedua di bandar raya itu dalam masa tiga bulan.

Di bawah langit kelabu pada hari akhir musim bunga, penduduk mengangkat sepanduk bertulis ‘Love for all, hatred for none’ dan ‘Ireland Utara menyokong London’, ketika bendera Britain dikibarkan separuh jambatan itu.

“Tiada yang lebih baik daripada datang ke sini dan memberikan penghormatan kepada keadaan yang begitu menyedihkan. Kita cuma keluar dan bersama-sama orang lain ketika semua orang perlu bersama.

“Ia perkara tepat untuk dilakukan,” kata seorang peserta, Matthew Chamberlain, 21, dari selatan London.

Anjing pengesan merayau di kawasan itu sebelum acara memperingati itu, dan kehadiran ramai anggota polis, bersenjata dan tidak bersenjata.

Kumpulan Islam turut jelas dalam kalangan ratusan warga London, termasuk sekumpulan lelaki memakai baju T biru bertulis: “Saya Islam. Tanya apa saja?” Seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Jemana, dari masjid di Northolt, utara London, antara sekumpulan lelaki dan wanita Islam memakai baju berwarna-warni dan membawa bunga.

“Kami memutuskan untuk sertai acara ini dari masjid sebagai komuniti, untuk menyatakan apa yang berlaku tiada kaitan dengan apa yang kami faham sebagai Islam, dan kami amat kesal kerana ia berlaku.

“Kami bersatu, kami semua penduduk London, kami rakyat Britain,” katanya.

Sumber AFP

207total visits,1visits today

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa dan juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 13 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm