Penceramah bebas didenda ajar tanpa tauliah

SENAWANG, 5 Januari – Seorang penceramah bebas didenda RM900 di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Senawang, malam tadi.

Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor, membuat keputusan itu selepas Kadaryono Hafizh Nursalam, 62, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati mengajar agama tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah di surau Taman Alamanda, Senawang dekat Seremban pada jam 8.27 malam tadi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2004, yang membawa hukuman denda maksima RM1,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pendakwa Syarie Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Zarul Izham Jaapar, meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.

“Seksyen ini juga digubal bertujuan mengawal penceramah dan mengelak penyebaran unsur-unsur yang tidak baik terutama di luar fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Hamizan kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM900 selepas tertuduh tidak mahu membuat rayuan.

Kadaryono yang tidak diwakili peguam, membayar denda tersebut.

Sumber Bernama

163total visits,1visits today

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm