Pemberontak Di Daraa Al-Balad Setuju Serah Senjata Kepada Tentera Syria

DAMSYIK, 12 Julai – Sebuah kumpulan di Daraa al-Balad pada Rabu bersetuju menyerahkan senjata mereka kepada tentera Syria,

Langkah menyerahkan senjata api berat dan sederhana kepada pihak tentera bakal menyaksikan sama ada pemberontak terbabit bersetuju memulakan proses perdamaian untuk kekal di Daraa atau berpindah ke kawasan yang dikuasai rakan mereka di utara Syria.

Daraa al-Balad terletak di selatan wilayah Daraa, di mana perang Syria bermula.

Kesepakatan di Daraa al-Balad adalah yang terkini dalam beberapa siri perjanjian yang dimeterai antara Rusia, yang mewakili kerajaan Syria, dengan pelbagai kumpulan pemberontak di Daraa.

Kempen ketenteraan Syria di Daraa telah berlangsung sejak 19 Jun.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top