Pembelajaran Tulisan Jawi Perlu Diperkenal Semula Di Sekolah – Kem Pelancongan Dan Kebudayaan

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berpendapat sesi pendidikan tulisan Jawi perlu diperkenalkan semula dalam sistem pembelajaran di sekolah sebagai usaha untuk memperkasakan penguasaannya di kalangan generasi muda.

Ketua Setiausaha kementerian Datuk Ab Ghaffar A Tambi berkata buat masa ini, pihaknya sedang mengkaji semula program pemerkasaan pendidikan tulisan Jawi untuk dijadikan sebagai satu ‘subject matter’ (pembelajaran) di kalangan Generasi Y di sekolah.

“Kita hendak tambah daripada segi kepentingan Jawi itu sendiri yang suatu ketika dahulu merupakan bahasa (tulisan) lingua franca di Nusantara, banyak hikayat ditulis dalam tulisan Jawi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Polemik Sejarah Malaysia anjuran Arkib Negara Malaysia (ANM) serta dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Datuk Rashidi Hasbullah dan Ketua Pengarah ANM Azemi Abdul Aziz.

Ab Ghaffar berkata program memperkasakan tulisan Jawi diwujudkan pada sekitar 2006 hingga 2007, ketika itu di bawah Kementerian Kebudayaan dan Warisan, namun kekangan kewangan menyebabkan program itu berkurangan.

Sumber BERNAMA

96total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm