Pemansuhan GST Muktamad

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah muktamad yang berkuat kuasa pada 1 April, 2015.

Demikian diumumkan oleh bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan  kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 180 pengurus dana, di Kuala Lumpur

Dua ahli majlis itu berada di Kementerian Kewangan  pada pagi tadi  untuk membincangkan mengenai percukaian selain urusan  mengenai ekonomi termasuk perubahan fiskal dan subsidi.

Pakatan Harapan yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu, antara lain menjanjikan pemansuhan GST dalam manifesto mereka.

Selain itu, Tan Sri Zeti berkata semua urusan mengenai perubahan ekonomi akan dilakukan secara menyeluruh dan mengikut peraturan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top