Pelarian Syria Kesejukan Perlu Bantuan

20160208165408-2Reyhanli, Turki, 8 Feb – sekitar 12 keluarga pelarian Syria yang terdiri daripada bayi, kanak- kanak dan orang dewasa tinggal di kem-kem haram di sini, menjalani hidup lebih mencabar ekoran keadaan cuaca sejuk yang mencecah suhu sehingga 6° celsius.

Seramai 80 penduduk, 30 daripadanya adalah bayi dan kanak-kanak hidup dalam keadaan sukar ekoran tiada punca pendapatan dan tiada bantuan yang diterima.

“Kami amat memerlukan bantuan daripada sesiapa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup kami dan keluarga” kata salah seorang pelarian Syria yang berada di kem haram ini.

Wartawan IKIMfm Nik Hasnah Ismail kini berada di Heyranli, Turki bersama-sama 17 delegasi muslim care dalam misi bantuan kemanusiaan musim sejuk untuk pelarian Syria di Turki.

Kongsi artikel ini di:

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Pengurus Program Radio. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 16 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my