Pelan Induk Pelancongan Islamik Untuk Tingkat Sektor Pelancongan – Menteri Besar Terengganu

KUALA TERENGGANU, 25 Mei – Kerajaan Terengganu sedang menyiapkan pelan induk untuk menjadikan Terengganu hab pelancongan berciri Islamik.

Menteri  Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  berkata  ia menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke Terengganu terutama dari Timur Tengah, China dan Barat.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan negeri yang baharu tidak akan melakukan perubahan drastik terhadap apa-apa program pelancongan yang telah dilaksanakan kerajaan terdahulu malah ia akan ditambah  baik, katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para penggiat industri pelancongan negeri

Pada majlis itu Dr Ahmad Samsuri mewakili negeri  Terengganu menerima Anugerah Destinasi Mesra Muslim daripada Universal Crescent Standard Centre (UCSC) dengan kolaborasi Universiti Teknologi Mara.

Menyentuh kebimbangan masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaan pelan induk itu, Ahmad Samsuri berkata mereka tidak perlu khuatir kerana ia turut mengambil kira sensitiviti semua kaum di negeri ini dengan tidak mengenepikan kepentingan masyarakat bukan Islam.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.