PBB Kenakan Sekatan Ke Atas Kumpulan, Syarikat Dan Individu Ada Kaitan Dengan Daesh, al-Qaida

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 21 Julai  – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis sebulat suara menyokong resolusi bagi mengenakan sekatan ke atas dua kumpulan bersenjata, dua syarikat perniagaan serta empat individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh dan al-Qaida, lapor agensi berita China Xinhua.

Dua kumpulan bersenjata iaitu Jund al Aqsa dan Jaysh Khalid ibn al-Waleed masing-masing dikaitkan dengan al-Qaida dan Daesh.

Sementara dua syarikat pertukaran wang berpangkalan di Syria iaitu Pejabat Pertukaran Wang Hanifa dan Selselat al Thabab juga tersenarai dalam senarai dikenakan sekatan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di: