PBB Gesa AS Henti Pisahkan Pendatang Kanak-Kanak Daripada Keluarga

NEW YORK, 7 Jun – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk serta-merta menghentikan tindakan memisahkan pencari suaka kanak-kanak dari Amerika Tengah daripada ibu bapa mereka di selatan sempadan.

Pejabat hak asasi PBB melahirkan rasa prihatin susulan dasar berkenaan yang diperkenalkan oleh pentadbiran Presiden AS, Donald Trump dalam usaha untuk menangani pendatang haram.

Menurut jurucakap wanita PBB, Ravina Shamdasani, dia menerima maklumat daripada kumpulan masyarakat sivil AS menunjukkan beberapa ratus kanak-kanak telah dipisahkan daripada keluarga mereka di sempadan sejak Oktober lalu.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top