Pam Air Disedia Hadapi Fenomena El Nino

KUALA LUMPUR, 11 Januari – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  bakal  menyediakan pam bagi membekalkan keperluan air ke kawasan yang berkemungkinan kering  berikutan  fenomena El Nino,

Demikian dimaklumkan oleh  Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selepas menyampaikan amanat Tahun Baru 2016 kepada warga kementeriannya

Menurut belaiu  fenomena El Nino, yang menyebabkan cuaca panas dan kering, dijangka memberi kesan kepada tanaman terutamanya yang memerlukan banyak air.

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan cuaca panas dan kering yang berlaku di negeri  Perlis dan Kedah, dijangka dialami seluruh Semenanjung pada penghujung  bulan Januari hingga Mac  ini.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.