Palestin Panggil Pulang Duta Ke Austria

GAZA, 17 Mei – Palestin telah memanggil pulang dutanya ke Austria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pejabat Wakil Palestin di Vienna.

Duta Salah Abdel Schafi akan meninggalkan Vienna pada Jumaat untuk satu tempoh yang belum ditentukan, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

‘’Penyertaan Duta Austria, Martin Weiss, dalam satu majlis menjelang pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis, memperlihatkan bahawa Austria bukan sekadar menentang syarat-syarat Kesatuan Eropah (EU) malah melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).’’

Keputusan itu diambil oleh Palestin selepas pembukaan Kedutaan AS yang kontroversi di Baitulmaqdis pada 14 Mei.

Tindakan AS itu mencetuskan pertempuran berdarah antara penduduk Palestin dan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm