Palestin Bergolak Kembali.

Seperti melumur garam di atas luka! Begitulah situasi di Palestin ketika ini! Kali ini bukan di Semenanjung Gaza tetapi di Baitul Maqdis.

Kali ini isu kebiadapan Yahudi Israel seolah-olah tidak pernah berhenti menduga kesabaran umat Islam bukan hanya di palestin, tetapi seluruh umat Islam di dunia.

Tindakan  provokatif terbaharu Israel ialah penutupan Masjid Al-Aqsa kepada umat Islam bermula Jumaat lalu sehingga memaksa umat Islam mendirikan Solat Jumaat di luar masjidil aqsa. Ia adalah pencabulan secara terbuka terhadap masjid suci yang ketiga bagi umat islam itu dan pelanggaran hak umat Islam untuk beribadah dengan bebas tanpa sebarang halangan.

Ustaz Muhammad bin Abdullah al-Amin, seorang pendakwah terkenal yang sering mengunjungi Masjidil Aqsa bersama rombongannya turut melahirkan rasa kesedihannya atas tindakan tentera zionis ini yang bukan sahaja menyakiti umat Islam Palestin, tetapi umat Islam di seluruh dunia

Kebebasan beribadah adalah hak yang dijamin di bawah undang-undang antarabangsa dan sebarang pencabulannya harus ditentang habis-habisan. Apa yang pasti, tindakan pihak berkuasa Israel itu merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan norma kemanusiaan.

Namun, ada segelintir agamawan memberi pandangan agar dibiarkan sahaja pencerobohan dan penutupan masjid al-aqsa itu tanpa diberi sebarang bentuk penentangan  kerana umat Islam katanya pada ketika ini masih lemah dan tiada kelengkapan persenjataan yang mencukupi bagi menentang rejim Israel, dan dibimbangi akan  mengakibatkan pertumpahan darah yang lebih besar. Pandangan ini bagaimana mendapat reaksi berbeza daripada pendakwah terkenal yang sering mengunjungi Masjidil Aqsa bersama rombongannya iaitu, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin.

Dengan penutupan itu bermakna umat Islam tidak dapat mengerjakan ibadat solat Jumaat di Masjid al-Aqsa buat kali pertama sejak 1969. Dan jika itu tindakan yang paling wajar untuk diambil, apakah tindakan lain yang perlu kita lakukan sebagai bentuk sokongan terhadap saudara seagama kita di palestin.

Kegagalan umat Islam di seluruh dunia mempertahankan Masjidil Aqsa daripada dicerobohi oleh Yahudi Israel menjadi petunjuk betapa umat Islam hari ini berpecah belah dan tidak berdaya berbuat apa-apa walaupun bilangan umat Islam hampir 2 billion sedangkan Yahudi hanyalah sekitar 6 juta orang sahaja

Kongsi artikel ini di: