NGO Antarabangsa Saran Pusat Tahfiz Guna Teknologi Terkini Dalam Pembelajaran

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pusat Maahad Tahfiz di negara ini perlu mengikuti perkembangan teknologi terkini termasuk sistem pembelajaran menggunakan komputer.

Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata  ini bagi memastikan pembelajaran di pusat tahfiz selaras dengan arus pendidikan negara.

Malah, beliau turut  menyarankan pusat tahfiz berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pendidikan supaya masa depan pelajar terjamin.S

elain itu, Datuk Dr Mustapha  menggalakkan individu dan syarikat  menyumbang kepada pusat tahfiz supaya dapat membantu menambah bilangan pelajar tahfiz di negara ini.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.