Najib Sertai Mesyuarat Meja Bulat Forum Jalur Dan Laluan

BEIJING, 15 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai mesyuarat meja bulat Forum Jalur dan Laluan Untuk Kerjasama Antarabangsa di Beijing.

Perbincangan meja bulat disertai oleh pemimpin negara dan kerajaan dari 28 buah negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan, sebuah gagasan yang bertujuan menyediakan infrastruktur mega untuk dagangan antarabangsa.

Mesyuarat hari ini berlangsung di Tasik Yanqi. Perdana Menteri kemudian turut serta dalam perbincangan semasa jamuan tengah hari.

Mesyuarat meja bulat dipengerusikan Presiden Xi yang mengilhamkan inisiatif tersebut.

Pertukaran budaya dan hubungan antara rakyat turut menjadi fokus perbincangan dalam sesi tersebut.

Malaysia turut komited terhadap inisiatif tersebut hingga mencetuskan beberapa projek infrastruktur seperti Laluan Rel Pantai Timur, pembesaran pelabuhan serta pembinaan bandar moden.

Sumber BERNAMA

376total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm