Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Iran Lawat Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Naib Presiden bagi Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Republik Islam Iran, Dr Masoumeh Ebtekar akan  mengadakan lawatan kerja sehari ke Malaysia pada Selasa (10 Julai2018) .

Menurut kenyataan Wisma Putra ia merupakan sebahagian daripada program lawatannya ke rantau Asia Pasifik dengan beliau diiringi Timbalan Menteri Minyak Iran, Marzieh Shahdaei serta pegawai Kementerian Luar dan Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Iran.

Menurut kenyataan itu lagi Dr Ebtekar dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selain bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Wisma Putra berkata lawatan Dr Ebtekar akan mengukuhkan hubungan kedua-dua pemimpin negara, khususnya dengan pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.