MOA jamin harga murah di pasar tani

SHAH ALAM, 11 Jun – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan harga barangan keperluan dan makanan yang dijual menerusi pasar tani di seluruh negara sempena Aidilfitri, bersifat mampu milik dan berkualiti.

Ia selaras program ‘Jualan Jimat Belanja Aidilfitri@Pasar Tani’ anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sehingga 14 Jun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, berkata, pasar tani satu agensi yang diberikan peranan oleh FAMA supaya menjual hasil barangan keperluan terutama bahan mentah dan makanan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jualan Jimat Belanja Aidilfitri@Pasar Tani di Pasar Tani Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Dalam pada itu,  ujar  menteri berkenaan , pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang aduan terutama berkaitan bekalan mentah yang tidak mencukupi.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top