Misi angkasa lepas Singapura tertangguh

SINGAPURA, 15 Mei – Seorang juruterbang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) terpaksa menangguhkan percubaannya ke angkasa lepas disebabkan oleh ‘corak cuaca’,

Perkara itu dinyatakan oleh   timbalan pengarah kempen projek tersebut, Patsy Ong,

Yip Chuang Syn yang berkhidmat sebagai seorang juruterbang selama lebih 20 tahun, dijangka mencecah paras ketinggian yang akan mengatasi paras yang pernah dicapainya sebelum ini.

Namun pelancaran kapsulnya dari Alice Springs di Australia terpaksa ditunda buat sementara waktu.

Menurut Ong, Chuang Syn sudah melakukan latihan lengkap dan menjalani ujian selama dua jam dalam kapsul.

Mengulas tentang bila projek itu akan dapat diteruskan, penasihat misi itu, Profesor Pao Chuen, berkata bahawa ia akan mengambil masa antara enam hingga 12 bulan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.