Mesyuarat Ke-249 Majlis Raja-Raja Dipersembah Taklimat Pertahanan Dan Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Mesyuarat ke-249 Majlis Raja-Raja pada hari ini antara lain dipersembahkan dengan taklimat terkini mengenai pertahanan dan keselamatan negara, masing-masing oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat hari kedua itu turut menyentuh perkara-perkara berkaitan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Atasan serta perihal agama Islam seperti pelantikan ahli dilantik Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  (MKI),  Lembaga Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) serta Universiti Islam Malaysia.

Dalam satu kenyataan  beliau juga  berkata majlis mendengar penjelasan dan taklimat mengenai Anugerah Biasiswa Yang di-Pertuan Agong serta Biasiswa Majlis Raja-Raja dan Tuan-tuan Yang Dipertua Negeri yang dibiayai oleh Majlis Raja-Raja melalui Lembaga Kumpulan

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.