Menteri: Sembilan Jemaah Haji Meninggal Dunia

jenazah-mati-mekkah-hajiMekah al-Mukarramah, 6 Oktober – Sembilan orang jemaah haji Malaysia meninggal dunia sehingga hari ini di Tanah Suci. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Dato Seri Jamil Khir Baharom berkata, enam orang jemaah haji meninggal sebelum Wukuf, seorang semasa di Arafah dan dua orang meninggal dunia di Mina Beliau berkata demikian kepada petugas media Tabung Haji selepas melawat jemaah haji Malaysia yang berada di Hospital  Syisyah, di Mekah.

Sementara itu beliau memaklumkan 66 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di hospital-hospital Arab Saudi. Daripada jumlah tersebut 59 daripadanya ditempatkan di Pusat Rawatan Syisya dan Aziziyah manakala 4 orang berada di Hospital King Abdul Aziz, dua orang di Hospital Mina dan seorang di Hospital Arafah.– IKIMfm

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my