Menteri Hal Ehwal Kabinet Sudan Puji Hubungan Baik Dengan Malaysia

KHARTOUM, 10 Julai – Menteri Hal Ehwal Kabinet Sudan, Ahmed Saad Omer memuji hubungan antara Sudan dan Malaysia yang baik serta utuh.

Selain itu, beliau turut memuji pelaburan Malaysia yang berjaya di Sudan.

Beliau berkata demikian, semasa mengadakan pertemuan dengan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Khartoum pada  Isnin.

Pada pertemuan itu, menteri berkenaan menumpukan terutamanya mengenai pelaburan Malaysia dalam sektor tenaga kuasa di Sudan selain usaha perintis Petronas Malaysia, di negara tersebut.

Sementara itu, Kuasa Usaha Malaysia menyatakan kesediaan negara untuk bekerjasama dengan Sudan dan membantu negara berkenaan menyelesaikan isu Majlis Halal.

Sumber BERNAMA-NNN-SUNA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top