MBM Harap Aspirasi Anak Muda Tidak Diabaikan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Majlis Belia Negara (MBM) berharap aspirasi anak muda tidak akan diabaikan oleh kerajaan.

Presiden MBM,  Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin meminta kepimpinan baharu di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mensia-siakan aspirasi serta suara anak muda.

Beliau bercakap demikian   kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan di Pusat Belia Antarabangsa di  ibu negara

Dalam perkembangan  berasingan  beliau turut berkata MBM menyambut baik sistem politik yang diamalkan dalam negara kita yang telah membuktikan mengamalkan sistem politik yang cukup matang sambil menambah ia menunjukkan transisi kepimpinan dijalankan di negara dalam keadaan baik dan cukup tertib.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top