Mati yang Pasti (Bhgn 2)

HADIS yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Misywar al-Hashimi menyebut bahawa Rasululullah SAW di datangi oleh seorang pemuda, lalu diminta agar diajarkan kepadanya akan ilmu yang pelik dan luar biasa kepadanya. Kemudian Baginda bertanya kepadanya, “Apakah yang telah kamu lakukan kepada kepala segala ilmu?” Sahabat bertanya lagi berkenaan maksud sebenar kepala segala ilmu itu dan Baginda menyoal kembali sekiranya benar dia mengenali Allah, maka apakah yang di lakukan oleh pemuda itu untuk melaksanakan hak kepada-Nya. Pemuda itu menjawab, Sebagaimana yang telah dikehendaki Allah”.

Soalan kedua Baginda terhadap pemuda itu, “Adakah kamu kenal apakah itu maut?” Kemudian pemuda itu menjawab bahawa sesungguhnya dia sudah mengetahui mengenai kematian. Baginda bertanya lagi, apakah persediaan yang dilakukannya untuk menghadapi mati, dijawab kembali pemuda itu bahawa dia telah melakukan apa yang perlu dilakukannya. Seterusnya Baginda meminta agar pemuda meneruskan kajiannya mengenai Allah SWT termasuklah ilmu akidah, tauhid dan ilmu kematian, mudah-mudahan dia dapat beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dan selepas itu kembali semula bertemu Rasulullah untuk mempelajari ilmu-ilmu yang luar biasa. Selang beberapa tahun kemudian, pemuda itu datang semula bertemu dengan Baginda dan diminta untuk meletakkan tangannya ke dada sambil berkata kepada pemuda tersebut, “Apa-apa yang tidak kamu sukai ke atas dirimu, jangan sesekali kamu lakukannya kepada saudara se-Islam mu yang lain. Tetapi apa-apa yang kamu suka kepada dirimu, maka itulah perlu kamu lakukan terhadap saudara seagama mu. Itulah di antara ilmu-ilmu yang luar biasa”

Ustaz Hj. Mohd Meeftah bin Annuar menerusi perkongsian di dalam slot Mau’izati pada hari Khamis, jam 5.15 petang di IKIMfm menerangkan perbuatan yang tidak wajar di lakukan ke atas manusia lain termasuklah memfitnah atau meyakiti hati orang lain. Sebagaimana hadis yang ceritakan sebelum ini, sekiranya ada manusia yang melakukan perkara-perkara seperti yang di minta oleh Rasulullah ke atas pemuda tersebut, maka sesungguhnya mereka tergolong di kalangan manusia yang pelik dan luar biasa terutamanya pada akhir zaman. Kerana pada hakikatnya apa yang tidak disukai manusia untuk berlaku ke atas dirinya, tetapi perkara itulah yang akan dilakukannya kepada orang lain dan amat jarang sekali kita menyerahkan barang yang disukai untuk diberikan kepada orang lain. Oleh itu sekiranya manusia mampu mengamalkan ilmu luar biasa itu, maka mereka adalah manusia yang paling unggul.

Selain itu, di antara pengajaran yang terdapat di dalam hadis tersebut ialah, apabila Baginda bertanya kepada pemuda tersebut berkenaan apa yang dilakukannya terhadap pokok atau kepala segala ilmu, ini menunjukkan bahawa ilmu akidah, tauhid, ilmu tasawuf atau ilmu mengenal Allah SWT, adalah ilmu yang sangat penting kerana tanpa asas yang kuat, dibimbangi hati manusia akan terpesong daripada akidah sebenar. Malah Baginda juga ingin membuktikan kepada umatnya bahawa ilmu kematian juga sangat penting kerana dapat mereka akan mengetahui betapa sakitnya menghadapi maut, azab yang bakal dihadapi oleh manusia yang ingkar kepada Allah serta nikmat kematian bagi insan yang salih. Sesungguhnya kejahilan terhadap ilmu kematian akan menyebabkan kurangnya persiapan untuk kembali menghadap Allah SWT kelak.

Rasulullah berpesan kepada umatnya agar menjaga lima perkara sebelum tibanya lima perkara, iaitu menjaga waktu usia muda sebelum tibanya usia tua, menjaga waktu sihat sebelum tiba waktu sakit, menjaga waktu lapang sebelum tiba waktu sempit, menjaga waktu kaya sebelum tibanya waktu fakir dan akhirnya menjaga waktu hayatnya sebelum tiba waktu ajal. Selain itu bersabarlah sekiranya diuji kerana sesungguhnya bersama dengan kesedihan itu akan ada bersama-sama dengannya kesenangan yang akan dinikmati pada suatu hari kelak.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Misywar al-Hashimi menyebut bahawa Rasululullah SAW di datangi oleh seorang pemuda, lalu diminta agar diajarkan kepadanya akan ilmu yang pelik dan luar biasa kepadanya. Kemudian Baginda bertanya kepadanya, “Apakah yang telah kamu lakukan kepada kepala segala ilmu?” Sahabat bertanya lagi berkenaan maksud sebenar kepala segala ilmu itu dan Baginda menyoal kembali sekiranya benar dia mengenali Allah, maka apakah yang di lakukan oleh pemuda itu untuk melaksanakan hak kepada-Nya. Pemuda itu menjawab, Sebagaimana yang telah dikehendaki Allah”.

Soalan kedua Baginda terhadap pemuda itu, “Adakah kamu kenal apakah itu maut?” Kemudian pemuda itu menjawab bahawa sesungguhnya dia sudah mengetahui mengenai kematian. Baginda bertanya lagi, apakah persediaan yang dilakukannya untuk menghadapi mati, dijawab kembali pemuda itu bahawa dia telah melakukan apa yang perlu dilakukannya. Seterusnya Baginda meminta agar pemuda meneruskan kajiannya mengenai Allah SWT termasuklah ilmu akidah, tauhid dan ilmu kematian, mudah-mudahan dia dapat beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dan selepas itu kembali semula bertemu Rasulullah untuk mempelajari ilmu-ilmu yang luar biasa. Selang beberapa tahun kemudian, pemuda itu datang semula bertemu dengan Baginda dan diminta untuk meletakkan tangannya ke dada sambil berkata kepada pemuda tersebut, “Apa-apa yang tidak kamu sukai ke atas dirimu, jangan sesekali kamu lakukannya kepada saudara se-Islam mu yang lain. Tetapi apa-apa yang kamu suka kepada dirimu, maka itulah perlu kamu lakukan terhadap saudara seagama mu. Itulah di antara ilmu-ilmu yang luar biasa”

Ustaz Hj. Mohd Meeftah bin Annuar menerusi perkongsian di dalam slot Mau’izati pada hari Khamis, jam 5.15 petang di IKIMfm menerangkan perbuatan yang tidak wajar di lakukan ke atas manusia lain termasuklah memfitnah atau meyakiti hati orang lain. Sebagaimana hadis yang ceritakan sebelum ini, sekiranya ada manusia yang melakukan perkara-perkara seperti yang di minta oleh Rasulullah ke atas pemuda tersebut, maka sesungguhnya mereka tergolong di kalangan manusia yang pelik dan luar biasa terutamanya pada akhir zaman. Kerana pada hakikatnya apa yang tidak disukai manusia untuk berlaku ke atas dirinya, tetapi perkara itulah yang akan dilakukannya kepada orang lain dan amat jarang sekali kita menyerahkan barang yang disukai untuk diberikan kepada orang lain. Oleh itu sekiranya manusia mampu mengamalkan ilmu luar biasa itu, maka mereka adalah manusia yang paling unggul.

Selain itu, di antara pengajaran yang terdapat di dalam hadis tersebut ialah, apabila Baginda bertanya kepada pemuda tersebut berkenaan apa yang dilakukannya terhadap pokok atau kepala segala ilmu, ini menunjukkan bahawa ilmu akidah, tauhid, ilmu tasawuf atau ilmu mengenal Allah SWT, adalah ilmu yang sangat penting kerana tanpa asas yang kuat, dibimbangi hati manusia akan terpesong daripada akidah sebenar. Malah Baginda juga ingin membuktikan kepada umatnya bahawa ilmu kematian juga sangat penting kerana dapat mereka akan mengetahui betapa sakitnya menghadapi maut, azab yang bakal dihadapi oleh manusia yang ingkar kepada Allah serta nikmat kematian bagi insan yang salih. Sesungguhnya kejahilan terhadap ilmu kematian akan menyebabkan kurangnya persiapan untuk kembali menghadap Allah SWT kelak.

Rasulullah berpesan kepada umatnya agar menjaga lima perkara sebelum tibanya lima perkara, iaitu menjaga waktu usia muda sebelum tibanya usia tua, menjaga waktu sihat sebelum tiba waktu sakit, menjaga waktu lapang sebelum tiba waktu sempit, menjaga waktu kaya sebelum tibanya waktu fakir dan akhirnya menjaga waktu hayatnya sebelum tiba waktu ajal. Selain itu bersabarlah sekiranya diuji kerana sesungguhnya bersama dengan kesedihan itu akan ada bersama-sama dengannya kesenangan yang akan dinikmati pada suatu hari kelak.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 17 Mei 2018
Scroll to Top