Ketua Pasukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Malaysia, Nada Choueiri berkata, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan itu didorong oleh permintaan global kukuh terhadap sektor elektronik serta peningkatan terma perdagangan bagi komoditi seperti minyak dan gas.

“Pada tahun 2017, pertumbuhan adalah lebih tinggi daripada yang dijangka iaitu 5.8 peratus dan pada tahun 2018 pertumbuhan juga dijangka melebihi daripada yang dijangka pada 5.3 peratus.

“Di peringkat domestik, sektor pekerjaan yang kukuh membantu meningkatkan penggunaan swasta selain pelaburan turut memacu pertumbuhan tersebut,” katanya dalam sesi wawancara yang disiarkan dalam laman web IMF hari ini.

Sumber UTUSAN ONLINE