Malaysia Perlu Terus Martabatkan Konsep Peradaban Islam

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Malaysia perlu memartabatkan konsep peradaban yang berlandaskan Islam bagi membina masyarakat maju dan negara yang membangun.

Mengambil contoh tentang peranan yang dimainkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof berkata institut tersebut terus berusaha menjadi sebuah institusi penyelidikan dan pemikir bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan fahaman Islam dalam usaha menyedarkan masyarakat terhadap kepentingan peradaban Islam selaras dengan  visinya iaitu ‘Memahami Islam Islam Membina Peradaban’.

Dalam perkembangan lain ketika diminta mengulas tentang cadangan seorang  bekas menteri penerangan agar menutup semua sekolah tahfiz yang didakwa tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam jelas Datuk Dr Mujahid perkara tersebut perlu diperhalusi secara terperinci dengan melakukan beberapa penambahbaikan ke atas sekolah tahfiz berkenaan.

Datuk Dr Mujahid memberitahu demikian ketika menjadi tetamu undangan dalam rancangan ‘Inspirasiku’ yang disiarkan di IKIMfm.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.