Malaysia perlu kuasai pasaran halal dunia – Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Disember – Malaysia dan negara Islam perlu menguasai pasaran halal dunia yang kini didominasi oleh negara bukan Islam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, negara sering mencipta sesuatu yang amat baik untuk ekonomi umat Islam tetapi akhirnya ketinggalan di belakang apabila negara bukan Islam mendominasi lapangan itu.

“Kenapa kita cipta sesuatu yang baik tetapi kita tertinggal di belakang sedangkan kita sering di hadapan (dalam pengeluaran), tetapi negara yang tidak berasaskan Islam yang mendahului kita,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Persidangan Halal Institut Standard dan Metrologi untuk Negara-Negara Islam (SMIIC) di sini, tengah hari tadi.

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my