Malaysia, Indonesia, Filipina setuju tingkat keselamatan perairan

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju bekerjasama bagi meningkatkan keselamatan perairan, khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah, selepas satu pertemuan menteri luar tiga negara berkenaan di Jogjakarta, hari ini.

Pertemuan itu membabitkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bersama dua rakan sejawatnya dan disaksikan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Mesyuarat yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain itu adalah atas jemputan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi bagi membincangkan usaha mengukuhkan kerjasama dan koordinasi di antara ketiga-tiga negara dalam meningkatkan keselamatan perairan khususnya menangani insiden penculikan.

Anifah berkata, Malaysia menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan aktiviti penculikan kerana sejak beberapa minggu lalu, tiga insiden penculikan berlaku membabitkan 14 warga Indonesia dan empat rakyat Malaysia, dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan dari selatan Filipina.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia komited untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi menangani isu ini termasuk melalui kerjasama dengan Indonesia dan Filipina.

“Mesyuarat berkenaan turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama kolektif ketiga-tiga negara melalui langkah-langkah yang konkrit.

“Antara langkah itu menerusi perkongsian dan pertukaran maklumat serta risikan, mengasaskan fokus utama di dalam negara dan menubuhkan talian penting (hotline) komunikasi serta memberi bantuan segera kepada mana-mana individu atau kapal yang berada dalam kesusahan di lautan,” katanya dalam kenyataan di sini, petang atdi.

Anifah berkata, pada mesyuarat itu, ketiga-tiga negara turut bersetuju supaya mewujudkan satu rangka kerja bagi mengadakan rondaan di kawasan perairan terbabit.

Katanya, langkah penting seterusnya adalah supaya ketiga-tiga negara mengambil tindakan segera untuk melaksanakan langkah-langkah yang telah dipersetujui berkenaan.

“Kita juga mahu supaya pegawai dari ketiga-ketiga negara dapat mengadakan pertemuan secepat mungkin untuk merangka Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Malaysia juga menggariskan kepentingan untuk menangani punca dan faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes penculikan,” katanya.

Mengulas mengenai proses damai di selatan Filipina, Anifah menyeru semua pihak berkepentingan supaya terus komited dalam mencari penyelesaian yang berkekalan untuk memastikan keamanan dan keselamatan di rantau ini.

77total visits,2visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm