Malaysia Dan Jepun Akan Hidupkan Semula Dasar Pandang Ke Timur

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Malaysia dan Jepun akan mencergaskan semula dan menambah baik Dasar Pandang Ke Timur, bagi memperkukuh kerjasama dan meningkatkan daya saing perniagaan untuk kedua-dua negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut pendidikan, latihan dan pelaburan sebagai antara bidang yang boleh dimanfaatkan bersama oleh Malaysia dan Jepun menerusi kerjasama rapat kedua-dua negara itu.

Pada sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, di Tokyo , Jepun Beliau   juga berkata dasar baharu itu juga akan menggalakkan pelaburan dan memperluas peluang dan ruang kepada ramai rakyat Malaysia untuk aktif di Malaysia dan Jepun.

Tambah Tun Dr Mahathir penambahbaikan dasar itu termasuk memperkukuh inisiatif pertukaran dalam pendidikan, memperluas pembangunan sumber manusia dan menggalakkan pemindahan dalam sains dan teknologi.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.