Malaysia Boleh Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi – PM

KUALA LUMPUR, 10 November – Malaysia terus maju kehadapan meskipun keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti dicerminkan oleh pelaburan langsung asing sebanyak RM22.4 bilion yang dicatatkan dalam separuh pertama tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata meskipun mengalami penurunan dalam hasil minyak, negara masih boleh mencapai status Negara berpendapatan tinggi dengan menggalakkan keusahawanan.   

Pada pelancaran Naza Tower di Platinum Park, di Kuala Lumpur beliau juga  berkata dalam menggalakkan keusahawanan, negara perlu menggalakkan rakyat untuk mencari peluang di sebalik setiap masalah yang mana dengan berbuat demikian ia bukan sahaja akan  menyediakan peluang bagi diri mereka sendiri tetapi juga mewujudkan kekayaan kepada negara.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.