Majlis Perumahan Mampu Milik Beroperasi Ogos

PUTRAJAYA, 12 Jun – Semua agensi perumahan mampu milik akan diletakkan di bawah  Majlis Perumahan Mampu Milik selepas cadangan penubuhannya diluluskan bagi menyelaras pembangunan  perumahan terutamanya Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata kertas Kabinet berhubung cadangan penubuhan majlis itu sedang disediakan untuk dikemukakan kepada kerajaan awal bulan depan.

Antara agensi perumahan mampu milik adalah Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M), Rumah Transit 1Malaysia dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

Selain itu, jelas Zuraida   semua exco perumahan negeri-negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dilibatkan dalam pembentukan Majlis Perumahan Mampu Milik itu.

Dalam pada itu, Zuraidah berkata kementerian akan memperkasa Tribunal Pengurusan Strata (TPS) dengan melantik tujuh lagi Presiden TPS baharu bagi menambah kekuatan sedia ada yang berjumlah 23 orang.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.