MAIWP Sasar Kutipan Zakat RM650 Juta Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjangkakan kutipan zakat menerusi Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP pada tahun ini akan meningkat kepada RM650 juta berbanding RM640 juta pada tahun lalu.

Ketika ditemui pemberita selepas bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, di  ibu negara Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Aziz Jusoh yakin sasaran itu dapat dicapai menerusi  pelbagai  program yang diadakan MAIWP bagi meningkatkan kesedaran umat Islam akan kewajipan berzakat.

Mengulas tentang pertemuan itu, Abdul Aziz Jusoh berkata antara lain mereka membincangkan tentang kaedah-kaedah terbaik untuk umat Islam khususnya di ibu kota menunaikan ibadah zakat.

Antara yang hadir pada pertemuan hari ini ialah  Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff,  Pegawai Penyelaras Majlis Agama Islam Selangor Abdul Basith Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Mohd Nazim Mohd Noor .

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.