MAIK Promosi Bayaran Zakat Melalui Aplikasi Telefon Pintar

KOTA BHARU, 17 Julai – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini secara rasmi mempromosikan kaedah bayaran zakat melalui telefon  pintar menerusi aplikasi MYMAIK eZakat Payment.

Timbalan Yang Dipertuanya Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata aplikasi itu sebelum ini menggunakan peranti pada komputer meja, komputer riba atau tablet, telah diperluas kepada bayaran menggunakan peranti telefon pintar apabila aplikasinya mula didaftarkan di Google Play pada 1 Dis 2016.

Pada sidang akhbar Aplikasi Mobile Apps My MAIKeZakat Payment di Kota Bharu, Kelantan beliau juga  berkata aplikasi tersebut membolehkan pembayar zakat menunaikan kewajipan mereka dengan membuat bayaran secara debit atau kredit pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Bagaimanapun ujar beliau  cara bayaran zakat sedia ada masih diteruskan seperti biasa termasuk melalui portal rasmi MAIK di www.e-maik.my dan kiosk yang disediakan di pusat mini pungutan zakat terpilih seluruh Kelantan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.