MAHB sambut baik naik taraf landasan Tioman

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengalu-alukan kesediaan mana-mana syarikat yang berminat membina lapangan terbang baharu lebih besar di Pulau Tioman.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Badlisham Ghazali, kemudahan lapangan terbang sedia ada tidak sesuai bagi pesawat besar mendarat di pulau peranginan itu.

Sebelum ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, mengumumkan pihaknya mengemukakan permohonan pembinaan landasan kapal terbang di Pulau Tioman.

Pembinaan itu, katanya, akan menggunakan perbelanjaan sendiri dianggar antara RM1.1 bilion ke RM1.2 bilion.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top