LZNK Sasar Bina 200 Rumah Baharu Tahun Ini

KEDAH, 14 Mei 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarkan 200 rumah akan dibina melalui Skim Bina Baru Rumah pada  tahun ini melibatkan  peruntukkan  sejumlah RM8.6 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Othman berkata sehingga Mei, 35 rumah telah dibina membabitkan peruntukan kira-kira RM1.5 juta.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita pada Program Perasmian Penerima Bantuan Zakat (rumah) di Alor Setar, Kedah

Selain itu, sebanyak 265 rumah telah diluluskan LZNK untuk kerja membaik pulih rumah dengan kos sebanyak  RM5.52 juta.

Dalam pada itu, Zakaria juga  berkata, seramai 3,600 orang amil telah dilantik LZNK untuk melancarkan proses kutipan zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.

Tambah beliau zakat fitrah di Kedah juga kekal pada RM7 dan boleh dibayar di 614 pusat kutipan di seluruh negeri.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.