Liga Arab bincang krisis Palestin-Israel

KAHERAH, 16 Mei – Menteri Luar Liga Arab bakal mengadakan pertemuan  esok untuk membincangkan krisis Israel-Palestin.

Agensi berita Mesir, MENA memetik kenyataan diplomatik Arab sebagai berkata, pertemuan itu adalah untuk membincangkan pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin.

Pada masa sama ia adalah langkah untuk berdepan dengan keputusan melanggar undang-undang yang dibuat Amerika Syarikat dengan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Liga Arab dijangka mengadakan mesyuarat peringkat wakil tetap pada  hari ini. – Reuters

Dalam pada itu , Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyifatkan tindakan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis sebagai bertentangan dengan persetujuan antarabangsa terhadap status wilayah tersebut.

Menurut Pengerusi (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, keputusan itu hanya meningkatkan ketegangan dan mengundang malapetaka lebih besar ke atas penduduk Palestin.

Sementara itu, MyCARE  turut menyeru  pihak Amerika Syarikat  menghentikan sokongan membuta tuli kepada rejim Zionis Israel dan mengambil sikap lebih kritikal ke atas jenayah dan pencabulan undang-undang antarabangsa yang dilakukan Israel.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.