Lebih 30,000 Calon Bertanding Pilihan Raya Di Syria

DAMSYIK – SYRIA – Pilihan raya majlis perbandaran di Syria bakal menyaksikan hampir 35, 000 calon bertanding.

Ia kali pertama diadakan sejak tercetusnya perang di negara berkenaan pada 2011.

Ketua Jawatankuasa Kehakiman Tertinggi (Pilihan Raya), Suleiman al-Qaed yang dipetik akhbar Al-Watan sebagai berkata  Jawatankuasa pemilihan di seluruh wilayah sudah mengesahkan 34, 553 pencalonan bagi pilihan raya pentadbiran tempatan berbanding lebih 55, 164 permohonan yang diterima. Tarikh pilihan raya ditetapkan pada 18 September ini.

Sementara itu, Suleiman ketika memberitahu Al-Watan berkata, pilihan raya itu bagi mengisi 18, 478 kerusi yang dipertandingkan.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.