Lebih 20 ambulans dikerah lokasi kebakaran

LONDON, 14 Jun – Lebih 20 ambulans ditempatkan di Grenfell Tower, menara apartmen 24 tingkat di Latimer Road, barat London yang terbakar, bagi membantu mangsa cedera.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, mengisytiharkan kebakaran itu sebagai keutamaan.

Asap tebal kelihatan sebaik kebakaran berlaku, dipercayai bermula tengah malam tadi waktu tempatan.

Media Britain melaporkan, ramai penghuni apartmen yang terperangkap menjerit meminta pertolongan dari tingkap kediaman masing-masing.

Seorang saksi menyatakan kebimbangan ramai penghuni gagal menyelamatkan diri, malah ada antara mereka dipindahkan dengan hanya berpakaian tidur.

Sementara itu, pihak bomba berkata, anggotanya berusaha sedaya-upaya mengawal kebakaran.

Sumber Reuters

92total visits,2visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm