Lebih 2 juta dijangka balik sebelum raya

SUNGAI BULOH, 12 Jun – Lebih dua juta pengguna dijangka memulakan perjalanan menuju ke kampung halaman masing-masing dua hari sebelum menjelang Aidilfitri.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa, berkata pengguna jalan raya perlu bersedia dan merancang perjalanan pulang ke kampung mereka bagi mengelak kesesakan teruk.

Katanya pada sidang media di Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Buloh menghala utara, di Sungai Buloh, Selangor

Datuk Rosli juga menasihatkan pemandu supaya mengelak daripada gejala ‘microsleep’ yang menjadi faktor utama menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Beliau turut memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top