Lebih 107,000 bankrap sejak 2010 hingga April lalu

Jumlah Hits : 71
Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Lebih 107,000 individu diisytihar bankrap sejak 2010 hingga April lalu, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata daripada jumlah itu, individu berusia 35 hingga 44 tahun adalah golongan tertinggi yang diisytiharkan bankrap iaitu seramai 37,888 orang.

“Sementara itu individu di bawah usia 45 hingga 54 tahun sebanyak 29,952 orang, 25 hingga 34 tahun (23,484), 55 dan ke atas (13,490), manakala di bawah 25 tahun seramai 1,469 orang,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang ingin tahu mengenai jumlah individu diisytiharkan bankrap.

Ahmad berkata, antara punca utama yang menyebabkan kes kebankrapan termasuk gagal menjelaskan bayaran sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, peribadi serta kad kredit, pinjaman perniagaan serta penjamin sosial.

Katanya, bagi membendung tahap keberhutangan dalam kalangan golongan muda dan mengelak tindakan kebankrapan, kerajaan antaranya telah mengambil inisiatif melalui penyampaian pendidikan kewangan secara menyeluruh di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.

Ahmad berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengintegrasikan pendidikan kewangan ke dalam mata pelajaran teras bagi kurikulum baharu sekolah.

Penyampaian pendidikan kewangan di institusi pengajian tinggi (IPT) turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang telah dilaksanakan di 52 buah IPT serta 30 buah Politeknik di seluruh negara, katanya.

Ahmad berkata, BNM turut mensyaratkan institusi kewangan memberi pembiayaan secara bertanggungjawab selaras dengan kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman tanpa dibelenggu beban hutang yang melampau sepanjang tempoh pembiayaan.

Katanya, selain itu BNM juga sudah mengeluarkan garis panduan kad kredit sebagai langkah untuk memastikan tahap pengeluaran dan penggunaan kad kredit dalam kalangan pengguna adalah secara berhemat.

“Bagi individu yang menghadapi masalah kewangan dan kesukaran untuk membayar balik pinjaman juga boleh berbincang dengan institusi kewangan masing-masing atau menghubungi AKPK untuk khidmat nasihat,” katanya.

Sumber BERNAMA

Tagged with:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  PETA LAMAN PROGRAM
  Profil Penyampai Dunia Ekonomi
  Program Tafsir Al-Quran
  Interaktif Islam Itu Indah
  Galeri Topik Jumaat
  Info  
  Hubungi Kami INTERAKTIF
    Radio Dalam Talian
    Facebook
    Twitter
    SMS
    Undian Carta IKIM
  GALERI HUBUNGI KAMI
  Foto Konti
  Audio Peta
  Video Maklumbalas
   
  INFO  
  Frekuensi  
  Waktu Solat  
  IKIMfm  

LANGGAN BULETIN KAMI