Lapan Cedera Dalam Lima Insiden Letupan Bom Di Kirkuk, Iraq

BAGHDAD, 19 Julai – Lapan orang cedera dalam lima kejadian  letupan pada Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata melemparkan bom tangan ke arah kereta orang awam di bandar Kirkuk,

Sementara itu, Leftenan Jeneral Salih al-Jubouri dari pejabat polis wilayah Salahudin berkata pasukan keselamatan Iraq telah melancarkan satu siasatan sebagai usaha untuk memburu penyerang terbabit.

Pada bulan Oktober, pasukan keselamatan Iraq telah menguasai wilayah Kirkuk, termasuk telaga minyak dan pangkalan tenteranya, selepas menarik diri daripada pasukan Peshmerga Kurdish.

Sejak itu, bandar tersebut menyaksikan serangan oleh kumpulan bersenjata terhadap pasukan Iraq dan orang awam, manakala bahagian barat dan selatan wilayah Kirkuk yang kaya dengan minyak, telah menyaksikan serangan oleh saki-baki kumpulan Daesh.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.