KWSP Suri Rumah: Dua Peratus Daripada Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan

PUTRAJAYA, 24 Mei – Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.

Ujar beliau antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.

Datuk Seri Dr Wan Azizah  memberitahu demikian dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di Putrajaya.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.