Kukuhkan persaudaraan – Najib

KUALA LUMPUR 20 JulaiDatuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia supaya mengeratkan semu­la hubungan yang telah layu dan memperkukuhkan persaudaraan hampir lesu dalam bulan Syawal ini.

Perdana Menteri berkata, masyarakat perlu membuka seluas-luasnya pintu hati, pintu rumah dan pintu kebaikan serta jendela silaturahim 1Malaysia.

“Bulan Syawal yang mulia ini, marilah kita kembali kepada fitrah, jernihkan hubungan yang telah layu dan perkukuhkanlah persaudaraan yang hampir lesu,” katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam catatan berasingan, Najib menegaskan, tiada pihak yang mampu memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini yang telah lama terbina sejak merdeka.

Menurut beliau, selama ini, rak­yat telah bersama-sama menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sejak mencapai kemerdekaan.

“Tiada sesiapa boleh memecahbelahkan perpaduan antara kaum di Malaysia yang telah lama terjalin. Kita semua 1Malaysia,” katanya.

Dalam satu lagi catatan, Najib mendoakan agar segala program murni yang dijalankan Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ Semalaysia (Projek Iqra’) terus dirahmati Allah SWT.

Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan terima kasih dengan pemberian cenderamata daripada Projek Iqra’ tempoh hari.

“Terima kasih, semoga usaha 
murni yang didokong oleh Projek Iqra’ melalui program-program yang dilakukan mendapat rahmat Allah SWT,” katanya.

Projek Iqra’ ditubuhkan bagi membantu untuk memantapkan tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja di rumah kebajikan (anak yatim, miskin dan asnaf) serta keluarga yang kurang berkemampuan.

61total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm