Kuasa Besar Lindung Kekejaman Terhadap Rohingya

DHAKA, 8 Julai – Pakar hak asasi kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, etnik Rohingya masih ditindas di Myanmar, namun tidak banyak peluang untuk membicarakan pelakunya kerana mereka dilindungi negara sekutu berkuasa.Yanghee Lee

Wakil khas PBB ke Myanmar, Yanghee Lee mengeluarkan kenyataan itu ketika satu kunjungan ke Bangladesh di mana lebih 700,000 etnik minoriti Muslim itu melarikan diri daripada operasi besar-besaran tentera Myanmar, sejak Ogos lalu.

Pemerhati hak asasi manusia PBB dan Amerika Syarikat (AS) menuduh Myanmar melaksanakan pembersihan etnik, selepas kumpulan hak asasi dan pemberita melaporkan kisah kejam rogol, bunuh dan tindakan memusnahkan perkampungan, sejak operasi itu bermula susulan serangan hendap oleh pemberontak Rohingya.

Bagaimanapun, beliau membayangkan harapan menyaksikan jeneral Myanmar didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Hague dalam masa terdekat mungkin tidak akan berlaku dengan mencadangkan Russia dan China mungkin melindungi mereka.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.