KPM Akan Laksana Intervensi, Bantu Sekolah Tahfiz

PETALING JAYA, 10 Julai – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan beberapa intervensi untuk membantu sekolah tahfiz bagi memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya  saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar.

Ketika  ditemui selepas merasmikan Konvesyen Pendidikan Kebangsaan ke-24 dan Persidangan Agung Perwakilan ke-36 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, di Subang Jaya,S elangor  Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah itu bagi memastikan semua pelajar tahfiz mempunyai keseimbangan antara ilmu ukhrawi dan duniawi.

Sementara itu, beliau juga menggesa agar setiap sekolah rendah menyediakan sudut pidato atau sudut berbicara (speakers’ corner) sebagai medium kepada murid mengasah bakat dalam bidang pengucapan awam.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.