Kiswah Baharu Dipamer 20 Ogos Ini

MAKKAH, 15 Ogos – Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada 20 Ogos.

Timbalan Pengarah Muzium Senibina dan Kilang  Kiswah Dua Masjid Suci, Hisham Alaadin berkata kos untuk membuat Kiswah tahun ini 25 juta riyal (kira-kira RM27.3 juta).

Kaabah yang terletak di tengah Masjidil Haram di Makkah itu adalah kiblat atau arah semua umat Islam ketika solat.

Kiswah yang dihasilkan daripada kain sutera hitam ersulam benang emas dan perak itu berukuran 14 meter tinggi dan 47 meter panjang.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.