Kes kemalangan maut di DUKE 90 peratus siap

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung kemalangan yang mengakibatkan tiga beranak maut di Lebuhraya DUKE di sini, Sabtu lalu sudah 90 peratus siap.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata pihaknya telah menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut dengan mengambil kira bagaimana perlanggaran berlaku dan mengenal pasti beberapa individu.

Beliau juga berkata, pembabitan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dalam siasatan berkenaan kes itu juga tidak diperlukan. “(Ini) kerana peranan MIROS adalah hanya untuk menjalankan penyelidikan dalam aspek keselamatan jalan raya,”

katanya dalam satu kenyataan. Dalam kenyataan sama, Mohd Fuad turut menegaskan tiada pihak yang mempertikaikan bagaimana kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu berlaku. “Rata-rata dalam media sosial, isu yang dipertikaikan adalah kegiatan kereta berlumba dengan kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan kemalangan maut,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menyatakan terdapat banyak pihak mempertikaikan kemalangan di antara dua buah kereta Myvi dengan kenderaan pacuan empat roda, Pajero, sehingga mengakibatkan tiga kematian di Lebuhraya DUKE.

Sumber BERITA HARIAN

77total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm