Kes Bakar Tahfiz: Hukuman Dua Beradik Atas Tuduhan Dadah Kekal

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2018 – Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Isnin  mengekalkan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan terhadap dua beradik yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kua Lumpur yang meragut nyawa 23 penghuni termasuk dua wardennya atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Kanak-Kanak pada 28 Nov tahun lepas

Pada  28 Nov 2017, Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap dua beradik itu yang kini berusia 17 dan 18 tahun selepas masing-masing mengaku bersalah memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di  ibu negara  kira-kira pada pukul  11.35 pagi, 16 Sept 2017.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.