Keretapi Laju Hubungkan Makkah Dan Madinah Beroperasi Selepas Musim Haji Tahun Ini

JEDDAH, 17 Julai – Keretapi berkelajuan tinggi Harmain yang menghubungan dua kota suci Makkah dan Madinah, dengan  memendekkan waktu perjalanan daripada enam kepada dua jam setengah, dijangka beroperasi sepenuhnya selepas musim Haji tahun ini.

Penyelia Operasi dan Penyelenggaraan, Stesen Bandar Ekonomi Raja Abdullah (KAEC) Saleem Mohammed Amin Bakash berkata perkhidmatan keretapi laju itu yang mempunyai kelajuan maksimum 300 km sejam telah menjalani ujian dan ditauliahkan di bawah seliaan pihak berkuasa Keretapi Arab Saudi (SAR) akan  akan bersedia tidak lama lagi.

Beliau  menyatakan perkara itu kepada 11 delegasi editor media yang dipelawa oleh Menteri Kebudayaan and Penerangan Arab Saudi Dr Awwad Bin Saleh Al Awwad untuk membuat liputan persiapan haji di tanah suci dan stesen KAEC di Jeddah

Menurut Saleem lagi  perkhdmatan itu di jangka membawa 60 juta penumpang setahun  termasuk  jutaan jemaah haji dan umrah serta pelawat.

Projek Harmain Express itu merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk memberi perkhidmatan kepada jemaah yang hendak ke  Masjidil Haram di Makkah  dan Masjid Nabawi di Madinah  serta  sebagai pemangkin  dalam mencapai Visi  Arab Saudi 2030 dengan memanfaatkan tenaga yang ada untuk berkhidmat  kepada jemaah dan pelawat.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.